What I say !
Welcome to Kina'a blog. Behave okay :)
Nurul Sakina: ALLAH TAK BAGI APA YANG KITA MAHU, ALLAH BAGI APA YANG KITA PERLU

Wednesday 24 May 2017

ALLAH TAK BAGI APA YANG KITA MAHU, ALLAH BAGI APA YANG KITA PERLU

Assalamualaikum Wrt. Wrb.

Alhamdulillah, kita semua masih lagi diberikan salah satu nikmat teragung dari
Yang Maha Pencipta, iaitu nikmat hidup.

Syukur Alhamdulillah

 Pernah tak dalam hidup kita, kita tak dapat apa yang kita inginkan?
Walaupun kita sangat bersungguh-sungguh inginkan sesuatu itu.
Diri sendiri tidak terkecuali. *opppss*
Pernah beberapa kali tu gagal mendapatkan apa yang diinginkan.
Pada masa itu juga, soal pada diri sendiri kenapa tak dapat apa yang diinginkan tu.
Tapi, tak dapat jawapannya.
Langsung tak dapat.
Sampai satu hari tu, terjumpa satu ayat yang betul-betul buat terasa sentap.
Rasa macam kena tampar dengan tapak tangan sendiri.
Nak tau tak Ayat apa?


Ayat ni.
ALLAH TAK BAGI APA YANG KITA NAK,
TAPI ALLAH BAGI APA YANG KITA PERLU.
Bila baca ayat ni, termenung kejap.
Imbas balik apa yang telah dilalui.
Ingat balik apa yang pernah diinginkan tapi tak dapat.
Masa tu baru sedar, setiap apa keinginan yang tak tertunai tu
sekarang sudah terisi dengan sesuatu yang lebih baik.
Lebih baik dari apa yang diinginkan.




Setiap orang ada keinginan, ada kemahuan masing- masing.
Tapi kadang-kadang apabila kita terlalu inginkan sesuatu, kita mungkin akan terlepas pandang.
Betul ke apa yang kita inginkan tu?
Baik ke sebenarnya benda itu untuk kita?
Dan bila jadi macam tu, macam- macam rasa timbul dalam hati tu.
Marah, kecewa, sedih.
Tanpa kita sedari, Allah mesti ada sebab untuk tidak beri apa yang kita inginkan.
Allah kan Maha Mengetahui.
Allah tahu apa yang kita perlu.
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Setiap sesuatu yang berlaku tu, mesti ada sebabnya.
Percayalah, kasih sayang Allah itu sangat besar.
Dan Allah, tak kan berikan ujian diluar kemampuan kita.
Allah tahu kita mampu,kita kuat sebab tu Allah uji kita dengan ujian ini.
Tetapi jangan bimbang.
Sebab Allah pasti tengah sediakan sesuatu yang terbaik untuk kita.
Sweet kan Allah?
InsyaAllah, kita akan tersenyum suatu hari nanti.
Jangan bimbang,janji Allah pasti.



Senyum semua =)
Percayalah pada janji Allah


♥ THANKS FOR READING ♥

No comments:

Post a Comment