What I say !
Welcome to Kina'a blog. Behave okay :)
Nurul Sakina: Genab Nya Kami 5 Tahun Perkenalan..4 Tahun Pertunangan..9 Bulan 8 Hari Perkahwinan..

Friday 2 October 2015

Genab Nya Kami 5 Tahun Perkenalan..4 Tahun Pertunangan..9 Bulan 8 Hari Perkahwinan..


 Assalamualaikum.
Hope readers blog ni still ingat lagi blog ni.hehe. Percaya lerrr, kalau boleh hari-hari dan tiap2 minggu aku nak update blog ni :'D sebabkan masa yang memang takde, laptop yang aku selalu guna untuk update blog macam dulu pun dah lama aku tinggalkan. Jadi, takdelah situasi update blog di atas katil macam zaman single mingle dulu.

Tahun depan InshaAllah kalau Allah izinkan, 1st baby dalam perut ni bakal keluar..hehe.
Kejap sangat rasa.

Berbalik pada tajuk di atas.. Alhamdulillah, 5 tahun perkenalan, 4 tahun pertunangan, dan 9 bulan 8 hari perkhawinan. Time flies. Rasa macam baru semalam jadi hak orang, pejam celik dah hampir setahun hidup berumahtangga.

Sekarang baru aku faham kenapa orang cakap best gile kawen, kalau tau best, dari dulu aku dah kahwin. Bukan sebab "kahwin", tapi sebab kau lebih kenal orang yang kau cinta, buruk dan baik dia. kau akan nampak imperfections tu adalah perfection.


Bila dah kawen, kau tak payah limit waktu dating kau. Boleh pegi mana-mana tak ada orang nak risau lagi. Boleh pegang tangan dekat tempat public tanpa rasa bersalah. Even now kau pegang tangan suami / isteri kau sikit pun, kau dah kumpul point pahala.

Bila kau dah kahwin, kau nampak semua depan mata kau apa yang suami / isteri kau buat. Tak ada lagi salah faham. Kau tahu tolak ansur dan toleransi. Kau jadi lebih memahami. Boleh masak sama-sama. Tak pandai pun boleh jadi expert. Kau jadi lebih bertanggungjawab.

Seronok kan?

Dulu, bila bercinta, gaduh mesti tarik muka. Kadang boikot tak contact seminggu. Kononnya nak “boipren / girlpren” pujuk. Tapi bila dah kahwin, lain.

 Kau dah tak ada masa nak fikir marah merajuk bagai. Merajuk mengada boleh lah. Marah too extreme? Lupakan. Sebab back to basic, apa tujuan cari pasangan dalam hidup? Semua orang mesti cakap, sbb nak bahagia lah. Then go ahead, kejarlah bahagia tu. Kenapa nak kena ada perasaan marah sakit hati.

Dalam perkahwinan ni kita kena ada dasar. Kukuhnya perkahwinan itu, adalah kerana kukuhnya dasar. Jadi apa dasar kita? Dasar kita adalah tanggungjawab. Jadi untuk apa perkahwinan? Adalah kerana amanah Allah kepada husband, dan tanggungjawab husband pada wife. Apa gunanya akad nikah. Itu adalah perjanjian antara kita dengan Allah untuk jaga dan bina hubungan yang halal ini sebaik mungkin.


Sebak,

Setiap kali dengar bait2 doa suami selepas berjemaah. Cukup dalam, cukup panjang. Berulang-ulang doa yang sama dan aku aminkan sahaja. Setiap permintaan yang terbaik buat kami berdua.

Kami tak sesempurna mana, Tapi suami aku masih menggunakan pendekatan yang lembut. Tak pernah rasa down, tapi aku rasa suami aku angkat darjat aku untuk berada disisi dia, bukan disanjung di atas ataupun letak dibawah tapak kaki.

He never act like I’m King. Never! Mungkin berbeza nya aku dengan yang lain. Aku punya seorang suami yang sangat bertimbang rasa. Syukur Alhamdulillah.

Beruntungnya lagi aku punya suami seperti dia, tak pernah lokek berikan pujian walaupun untuk sekecil-kecil perkara yang aku lakukan. Alhamdulilah syukur pada Allah.

Setiap perkahwinan tu ada pasang dan surutnya. Bukan nak hidup setahun dua, tapi kalau boleh biarlah kekal selamanya hingga ke jannah.

Ni bukan cerita manis sebab baru hampir setahun kahwin, tapi biarlah cerita ni manis walaupun kami dah tak ada lagi di dunia nanti. Cinta yang dekat atas sana tu kita kena kejar dulu, baru kita dapat rasa bahagia dunia.

Always remind diri kita, kalau something bad happened in relationship, check balik diri kita, apa yang kita dah buat. Check balik pendapatan kita. Duit kita bagi makan pada keluarga.

Dugaan akan datang, even sesaat lepas post ni pun. Tapi percaya, tak ada apa yang kita tak boleh lalui dan tempuh di luar kemampuan kita.

Isteri,

Sebanyak mana pun amount dalam bank, setinggi mana pun pangkat, carilah redha suami. Dalam apa pun yang kita lakukan, redhanya seorang suami pada kau, maka mudahlah urusan dan kerja kau.

Dalam berumahtangga kalau kau marah, jangan biarkan lama-lama. Cepat-cepat minta maaf dan tutuplah buku. Jangan panjangkan lagi cerita.

Suami,

Selain tanggungjawab kau sediakan makan, pakai dan tempat tinggal, kau selalu lah bertolak ansur, belai isteri bila ada masa terluang, selalu bagi tau isteri yang kau sayangkan dia. Hati perempuan ni cepat cair. Bila dia penat2 siapakan makan pakai kau sehari-hari. Bukan lain yang dia minta. Cukup kau cakap terima kasih, hati dia dah berbunga-bunga. Semua penat lelah rasa terbalas. Mudah.


Selamat Ulang Tahun Perkenalan Sayangku Mohd Farkhan yang ke 5 Tahun.Semoga hubungan yang kita bina ini diberkati oleh Allah SWT.. Aminnn...
Love you so much.. 




♥ THANKS FOR READING ♥

No comments:

Post a Comment