What I say !
Welcome to Kina'a blog. Behave okay :)
Nurul Sakina

Sunday 28 July 2013


Tidak Mahu Beri Tajuk

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah diberi peluang untuk jari ni menari-nari untuk menaipkan sebuah cerita yang agak panjang dan penuh bermakna dalam hidup saya.

Step by step

Secara ringkasnya, kisah aku bermula daripada sebuah perkenalan dalam satu kem perkhemahan di "Sedeli Damai Resort". huhu.  Sesi mengenal diri masing-masing antara aku dan En. Tunang, mengenal latar belakang pasangan serta keluarganya, asalnya daripada mana dan mengenal hati dan budi bicara.  Dan proses mengenal hati masing2 nie sebenarnya salah satu peringkat yang paling manis, penuh dengan keriangan dan kejiwangan (hahaha)..  Kalau tak caya cuba tanya orang yang baru bercinta tu, kan kan kan?? hehehe

Proses paling nervous aku nak lakukan ialah proses nak bagitau ayah dan mak tentang relationship kami yang semakin serius.  Mungkin ada yang cakap, ayah dan mak aku sporting bagi kebenaran anaknya nak berkhawin dalam usia yang muda.  Bukan semudah tu seorang ayah nak membenarkan anak perempuan dia berkhawin dalam usia yang muda.  Lagi-lagi anak perempuan bongsu.  Boleh bayangkan tak betapa beratnya hati seorang ayah nak melepaskan anak perempuan dia ke tangan seorang lelaki yang bakal menggantikan tugas dia...... 

 Kalau nak tahu, perkara paling susah aku nak lakukan ialah bersemuka dengan ayah dan beritahu tentang niat sebenar aku.  Berpeluh-peluh dahi dan kedua-dua belah tangan..sejuk masa nak bagitau ayah niat untuk bertunang dan berkhawin.  Tapi, memang betullah kita kena pegang dan percaya yang Allah akan bantu dan memudahkan urusan kita jika nak melakukan sesuatu perkara baik, in this case mendirikan masjid..wuwuwuwuw ;')

Perkara paling penting ialah mendapatkan restu daripada ayah dan mak.  InsyaAllah, kalau ayah dan mak kita restu, sebuah perkhawinan tu akan lebih diredhai dan kekal bahagia.  Mula-mula, rasa macam takut jugak, nak bawak En. Tunang jumpa buat kali pertama dengan ayah dan mak.  Yelah, takut ayah dan mak tak suka kan.  Masa tu, mak dah pernah tengok muka En. Tunang dulu.  Tengok dekat mana?  Mestilah dalam facebook.. huehuehue.. See?? betapa bergunanya facebook sekarang ni.  

Mak pun pernah jumpa En. Tunang dekat rumah masa nak bawak kita nie jalan-jalan atau pun keluar mahupun time jemput dekat rumah sebab nak naik gunung..  Ayah sorang je yang tak pernah tahu menahu tentang Aku dengan En. Tunang.  Akak pun dah tahu awal.  Biasalah, Aku memang rapat dengan mak, jadi senang nak cerita apa-apa dengan mak.  Kalau nak apa-apa, mesti mengadu dengan mak dulu :P

Rasanya macam panjang sangat kalau nak ceritakan daripada A-Z kisah ni.  Mau berjela-jela cerita ni kang..huhu.. Lepas kawen nanti, aku sambungkan lagi cerita ini... hehehe.. Nak dijadikan cerita, lepas berbincang, bagitaw dekat mak dan ayah yang family En. Tunang nak datang  masa hari raya ke5.. Datang kenal-kenal dulu sambil merisik sikit-sikit laa kot... :P

Bincang punya bincang, akhirnya atas persetujuan keluarga aku dan keluarga En. Tunang, kami diikatkan dengan tali pertunangan.  Lepas aku habis study baru lah aku khawin, En. Tunang memahami aku..
Memang sangat lama kalau nak diikutkan, tapi pejam celik pejam celik, rasa macam singkat je.Kalau ikutkan hati, siapa yang nak bertunang lama-lama.. Tunang lama-lama pun tak elok jugak.. Banyak dugaan nye nanti.. So, Kita tunang kejap-kejap je ok....huehue..

4 November 2012

P/S : Hari aku dirisik oleh family belah lelaki dan membuat persetujuan tarikh pertunangan :')



16 Disember 2012


P/S : Hari jadi aku yang ke 19 tahun serta dengan rasmi nya
menjadi tunangan orang yang sah.. aku sertakan gambar sedikit.. gambar nie sebenarnya milik peribadi aku..  tak pernah aku nak publishkan dekat mana-mana tempat..  kira dekat blog nie pertama kali aku publishkan gambar yang teramat penting buat diri aku.

mengigil dan berdebar rasanya time bakal mak mertua sarungkan cincin..
disaksi kan berpuluh2 orang hah... =')
salam..cium tangan mak mertua...amik restu dan berkat.. =')
Mengabdikan kenangan bersama bakal mak mertua
selepas selesai majlis sarung cincin =')

menitis air mata tatkala ni... tak dapat ditahan lagi dah air mata tu...
air mata kegembiraan dan kesyukuran :')



                                        
Bersama akak tersayang =')
                      
Finally.. we are engaged =')

album dah siap...huhuhuhu



 seriously tak dapat nak merasa 22 kek ni... sebab dah habis...tak ada rezeki..




photoshoot pre-engagement
photoshoot pre- engagement
bersama sedara mara dan bakal mak cik =')

Bersama rakan-rakan tersayang =')

"Jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis pertunangan saya dan Gelora Jiwa Mohd Farkhan.. Jauh di suduh hati saya, saya mengharap kan doa yang tidak putus2 dari anda semua yang mengenali diri saya dan tunang.  Kepada keluarga saya yang tercinta terima kasih atas segalanya... Kepada keluarga belah lelaki, pun saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga ... Rakan2 yang sanggup datang dari jauh iaitu dari Johor Bahru.... hauhuah!!

Kepada Princess Effy, terima kasih! Rekaan baju yang sangat cantik dan superb..
Ash Andaman makeup yang sungguh kebaboooommm cantikkk!
juga kepada Butik & Kraftangan SK (Wedding & Handcraft Centre) untuk hantaran sebelah pihak lelaki yang awesome!!
kepada kak siti nurhafizah yang tolong buatkan pelamin.
Official photo : Akim Aloq dan Nobellensa a.k.a Muhammad Fuadi Abd Rahman

Pendek kata semua la!  infiniti terima kasih! Mana yang terkurang atau apa sekalipun,Mohon maaf dipinta.
Akhir sekali, cepat tadah tangan.. doakan kami bahagia hingga ke akhir hayat~"

♥ THANKS FOR READING ♥

No comments:

Post a Comment