What I say !
Welcome to Kina'a blog. Behave okay :)
Nurul Sakina

Friday, 15 February 2013


MAK VS ANAK!!!



Ya Allah, ampuni lah dosa ku.  Ampuni lah dosa ibu yang melahirkan dan menyusukan ku.
Kasihi lah mereka Ya Allah.   Lindungi mereka dalam perlindungan terbaik Mu.  Tempatkan ibu susu ku di tempat yang mulia di sisi-Mu ya Allah.  Sesungguhnya, ibu ku adalah wanita yang terbaik yang pernah kau berikan untuk ku.  Rahmatilah mereka ya Allah.  Amin.

Ya Allah, mudahkan lah untuk ku untuk bisa berbakti pada ibu ku.  Beliau telah memberikan yang terbaik untuk ku, namun aku belum bisa membalas kebaikan beliau, membahagiakan beliau, menghilangkan duka dan menghadiahkan senyum di wajah ibu ku.

Jadikan kami..
Anak yang kenal erti budi
Tidak takbur dan meninggi diri
Walau sudah berkedudukan tinggi
Demi mencari redhaMu ilahi

Segala apa yang diberi
Dari ibu yang dikasihi
Dari dulu hingga kini
Tak kan dapat dibayar ganti


Sekali lagi Ya Allah yang Maha Pencipta
PadaMu sahaja tempat meminta
Ampunkan segala dosa
Samada kecil atau besar ia
Dari kami juga ibubapa
Mudah-mudahan mengundang ke syurga
Dan jauh dari segala sengsara
Jauhkan juga azab neraka

Aminnn....Aminnnn...Aminnn
Sila aminkan doa nih ramai-ramai ok.  Moga ibu kita sentiasa berada dalam
Keberkatan oleh-NYA.

Herm..bila buka cerita pasal ibu @ mak @ mama @ ummi @ mummy nih, hati cepat jadi sebak, sentap, dan sensitif sikit.  Mungkin terasa sangat macam banyak dosa ni.
Walaupun muda lagi, tapi diri sendiri boleh muhasabahkan diri masing-masing kan?
Ada jugak aku pernah survey-survey dekat kawan-kawan aku,

“korang...korang...korang rapat dengan sapa? Mak korang or bapak korang? ”

Majoriti cakap rapat dengan mak laa kan.. tapi ramai juga cakap rapat dengan ayah
Diorang.  Owh, pendapat masing-masing kan.. keluarga masing-masing.
 Tipulah kan, kalau dalam sesuatu hubungan kekeluargaan tuh tak pernah berlaku
Salah faham.  Mesti ada punya.  Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan keluarga (suka-suka je tukar ayat) huahuahua.
Tapi...ingatlaa.. “air dicincang takkan putus”.
Ko cincanglah punya cincang secincang cincangan mana pun, takkan putus punya.
*pening baca ayat sendiri macam keleng*
Mak is everything... dialah tempat kita mengadu, bertukar pendapat, rahsia dan segalanya laaa... tak ada apa yang boleh ganti mak kita yang satu.. mak kandung tak sama macam mak tiri, mak angkat, angkot segalanya laa..hahaha
So, kita sebagai anak.. hargailah insan yang bergelar mak.. kerna mak adalah insan yang amat bernilai dan berharga…


Bangga sikit sebab antara aku dengan akak aku, aku macam ikut muka mak...
akak?? NON ADO!! *gelak kejam*
tapi tang gigi taring dua ekor aku tak tau mana datangnye keturunan nih.
*sengih gedik*

Mak..
Kalau mak baca blog adik ni kan,
Mak ingatlaa...
Sedegil-degil adik sekalipun, Adik tetap nak jadi anak yang terbaik.
Sedegil-degil adik nak bangun pagi pun, Adik tetap sayangkan mak.
Sedegil-degil adik melengah-lengahkan masa nak tolong mak pun,
Adik tetap sayangkan mak...
Memang terasa nikmat apabila seorang anak dapat meluahkan apa-apa masalah dan
Perasaan dekat seorang yang bernama “mak”.
Seriusly, memang aku rasa nikmat tuh.
Sebabkan tuh, my mom is my best friend forever and ever!
Nak-nak bila aku balik daripada uitm je, bila sampai dekat rumah
orang pertama aku cari mak aku rrr...
walaupun mak aku nih jenis yang tido awal sebab penat balik kerja, tapi dalam
senyap-senyap mesti aku carik dan curik2 masa nak borak n gelak2 dengan mak.
Owh...normal la tuh kan.. semua anak macam tuh..
Lagi-lagi dapat anak yang terlebih manja macam aku ni hah..haishhh..hahaha

To all my friends
Aku tau, ada antara korang yang tak rapat @ ada masalah dengan mak korang. 
Ramai yang mengadu dekat aku.. tapi better korang pulihkan semula hubungan itu.  Setakat gado2 tu biasa la tu...tapi pastu kena laa mintak maaf.. dan confirm mak akan maafkan kita. Kan..kan...kan...kann...
Kita hidup dalam dunia nih bukan lama pun, sementara je..
 hanya dunia pinjaman daripada Allah je. Ibu adalah segalanya.  Syurga dibawah tapak kakinya.  Hargailah masa kita bersamanya di dunia sebelum beliau meninggalkan kita.
 Aku ingatkan untuk diri aku sendiri. Sebab aku pun pernah buat salah.  At least, dalam blog aku nih, bukan aku tulis hanya untuk suka-suka je, tapi untuk share benda yang baik..apa salahnya aku sebarkan benda-benda yang baik sikit. Dapat pahala secara tak langsung.huhu. Benda yang baik, kita share ok?





♥ THANKS FOR READING ♥

No comments:

Post a Comment