16 DISEMBER =P
5
perkara yang korang WAJIB amik taw…
1
st : Hari ini adalah 16 Disember
2
nd : Hari ini hari Ahad
3
rd : Hari ini , tarikh ini 16 Dis, mak aku tengah sarat mengendong aku dalam
perut dia yang besar tu.
4
th : Hari Pertunangan aku dengan Mohd Farkhan Bin Hasim
5
th : tak paham2 lagi ke aku nak apa? Hahaha
| Aku dah besar dah kan..kan..kan..kan… dulu korang kenal aku cinonet je lagi.. siapa yang kenal aku dulu mesti tau punya…hehehe |
Saya baru bangun nih. Serius!! Tido kul 9pm tadi. Tersedar sebelum kul 12 am. Comel kan saya
update time2 tengah mamai. Saya baru
bangun tido, rambut still tercacak-cacak dan agak kusut masai macam tak terurus. Belum sempat nak tocangkan tinggi-tinggi
macam ibu baru lepas pantang. Gigi pon
tak gosok lagi, nafas bau macam ikan mati.
Eleeehh..biasalah tuh..haha... Dan mata pon macam serupa tak bukak dan
celik je.. Cantik tak? Cantik tak? ç
nada gaya macam Eric Leeong. Memang aku
kalau nak cakap hati ke hati dalam blog nih, mesti pilih masa aku baru bangun
tido. Masa tuh aku selalu mamai. Jadi, aku iyakan aje apa yang aku cakapkan
walaupun ianya auta semata-mata.
Ok cukup! Cukup! Cukup ok! Kita
masuk bab dan nada SERIUS pulak!
Terasa
macam baru semalam mak aku melahirkan aku.
Terasa macam semalam kesemua kepala dan badan aku berlumuran dan
diselaputi dengan darah-darah. Masih
pejal.. kemerah-merahan.. campur Pink-pink
sikit.. penantian seorang ibu selama 9
bulan 10 hari untuk menyambut kelahiran anak bongsu dia. Terasa macam semalam badan aku diselimuti
dengan kain yang tebal semata-mata tak nak aku kesejukan dan menggigil. Aku diazankan dan di iqamah kan oleh ayah
aku. Aku didodoikan, aku disusukan, aku
dimanjakan, aku diacah-acahkan oleh orang ramai semata-mata mahu melihat ukiran
senyuman yang indah.. walaupun time tuh,
gigi taring 2 ekor aku ni belum tumbuh lagi,
diorang nak jugak tengok aku senyum.. haha..
Tup! Tup! Eyh.. dah 19 Tahun
dah anak mak dan ayah sorang nih ß
sambil mengosok-gosok mata dengan tangan.
Biar betik!
Bagaikan
baru kelmarin aku belajar merangkak, belajar menaiki setiap batu-batu tangga,
berlari2 anak, belajar bercakap.. pelat pulak tuh, merengek untuk dibelai;
disuap nasi ke mulut.. hingga aku lupa dan alpa rupa-rupanya anak mak sorang
nih dah besar panjang pun. Bukan setakat
besar panjang, dah cukup umur dah pun. Pejam celik pejam celik dah jadi ANAK DARA dah pun kann? Dan pejam celik pejam tak
celik-celik, anak mak sorang nih dah boleh kawen dah. Eyh, sowy2.. tershashull lak lidah nih… :P
Tiada
kata agaknya yang dapat aku gambarkan kebahagiaan diri aku sekarang ni. Aku bahagia. Bahagia pada hari kelahiran aku
sendiri 16 DISEMBER. Hehehe.. Amat-amat bahagia. Memang hari ini memberi banyak rahmat dan
nikmat pada diri aku. Bertambah sayang
rasanya aku pada Maha Pencipta. Segan…..malu…
memang toksah nak katalah kann.. bila aku meminta, sering saja dikabulkan. Sedangkan aku nie agaknya ranking tertinggi
dalam buat dosa. Wallahualam. Entah masih layak untuk diampunkan entah
tidak. Tapi Allah terus-terusan
mengabulkan doaku.. Sedih dan gembira bercampur baur.. banyaknya doaku yang
dimakbulkan… tak terkira.. Memang betullah
kata ulama, bila hubungan kita dengan Allah baik, sure Allah akan pulihkan
hubungan kita dengan manusia.. Tak caya…trylah!
Dalam hati aku, ada naluri untuk disayangi, ada
rasa untuk diberi perhatian, ada juga rasa untuk didengari keluh kesahnya, dan
ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya.... itulah aku.. Aku tak mengharapkan apa-apa langsung
daripada siapa-siapa untuk hari istimewa aku ni. Hanya aku mengharap dan menagihkan doa dan
restu daripada ibu bapa aku
sendiri. Mereka yang bersusah payah
melahir, menjaga, dan mendidik aku daripada aku lahir hingga kini dan
selama-lamanya. Mungkin aku bukan anak
yang terbaik tetapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik. Tiada apa yang aku mahu kan daripada korang
semua, kecuali doa dan semoga ALLAH permudahkan perjalanan hidup aku ini. Doakan
aku panjang umur ok. :) hanya tuh je mampu aku mintak hadiah daripada
korang. Kalau aku suruh korang post kan
hadiah besar2 untuk aku, sampai bila-bila tak dapat kan? Hek! Hek! Hek!
Ada apa je kan dengan blog
aku nih. Dah lah penulisan tunggang
langgang. Merepek merapu je dalam blog ni hah.
Macam budak2 tak cukup umur je.
Helloww... ehem2.. aku dah cukup umur dah hari nih..ngaaaa~ lastly, setelah pendahuluan dan 5 isi-isi
penting aku reka dan curahkan, aku bersetuju untuk bagi penutup bagi karangan
SPM aku nih ngaaaa~ Aku mintak maaf
sangat-sangat kalau aku ada menyakiti korang semua dengan kata-kata pedas dan
tingkah laku aku yang tak senohong tuh.
Memang tak terlintas langsung kat hati nih nak memperkecilkan sape2.. Segala yang baik itu datang daripada Allah dan
yang kurang baik itu datang daripada diri aku sendiri. Aku bukan Malaikat.
Aku manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.
HAPPY
BIRTHDAY UNTUK DIRI SENDIRI
NURULSAKINA
BINTI SAFFIF
YANG
KE 19 TAHUN

Johor
Engaged to Mohd Farkhan
Blog Editor by 







No comments:
Post a Comment